Selasa, 29 Mac 2011

TERIMA KASIH ALLAH

TERIMA KASIH ALLAH

Bismillah
Pernahkah kita sedar? Hidup di dunia ini seakan-akan selembar kain rentang. Saat titisan darah ibu melahirkan seorang anak yang bernama 'kita', saat itulah bermulanya selembar kain rentang yang bersih, kosong. Setiap manusia mempunyai kain rentang kehidupan yang sama pada mulanya.Tetapi pada pengakhirannya, ia kelihatan berbeza-beza kerana dihiasi dengan bermacam-macam cara. Ketika itulah kain rentang milik masing-masing akan dipersembahkan kepada Allah untuk dinilaiNya. Bagaimanapun, kain rentang ini dicorak mengikut ujian mahupun kenikmatan yang Allah kurniakan pada setiap hamba-hambaNya. Allah berbicara lembut...
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"(29:2)
...bicara Allah hanya bisa menggetarkan hati hambaNya yang beriman. Apakah persoalan yang Allah kemukakan dalam bicaraNya tadi? Patutkah seseorang manusia menyangka bahawa tanpa ujian dariNya mereka boleh menyatakan yang mereka ini beriman? Patutkah? Maka inilah corak kain rentang kehidupan yang dimaksudkan. Sama ada seseorang itu tabah menghadapi cubaan atau pun menyalahkan takdir Allah. Sama ada, seseorang itu syukur atas nikmat kurniaan tuhan atau pun kufur nikmat pemberian tuhan. Hasilnya, meraka sendiri yang akan mencorak kain rentang itu sendiri.
Sehingga hari ini, kita bebas untuk mencorak kain rentang sendiri. Individu lain hanya sekadar memberi idea dan pilihan untuk menambah hasil kesenian atas kain rentang milik kita. Kita sedar, kita tahu, maka pandai-pandailah kita fikir sendiri nak corak macam mana.
Oleh itu, doa seorang hambaNya untuk memiliki hidayah dari Allah amatlah penting. Ia dapat membantu kita mendapat colour yang cantik untuk mewarnakan kain rentang kita. Ya, hidayah itu milik Allah. Namun kehidupan itu adalah satu pilihan. Di hadapan kita hanya ada dua simpang. Simpang kiri ataupun simpang kanan. Jalan lurus ataupun jalan bengkang-bengkok. Kita yang bisa memilih jalan atas ilmu mahupun atas nafsu diri. Jalan yang luas biasa ramai penggunanya. Jalan yang sempit pula, kurang perhatian. Namun, meskipun pelbagai rintangan dan halangan, jalan yang sempit itu yang membawa manusia dekat pada Cinta yang murni, Cinta Teratas. Cinta Allah, noktah.
Jika anda baru sahaja membaca posting ini, bermakna anda masih mengecapi Rahman dan Rahim Allah Ta`ala. Syukur, syukur dan syukur. Betapa pemurahnya Allah masih memberi kita nafas dan ilmu pada hari ini.
Mengadu, meminta, mengeluh, bermanja dan berCintalah dengan Allah. Kerna disitu Syurga Bahagia di dunia.
Terima Kasih Allah atas semua itu.   :`)

Khamis, 24 Mac 2011

Jawatankuasa Fatwa kali ke 5/98 telah bersidang dan memutuskan hukum meracun rumput di kawasan tanah perkuburan adalah TIDAK HARUS. Ini adalah untuk mengelakkan daripada rumput-rumput tersebut mati dan memberi kesan sampingan kepada alam sekitar dan makhluk lain.
Keputusan ini dibuat berdasarkan dalil yang yang di ambil dari kitab al-Fiqh al-Islami Wa'adillatuh tulisan Dr. Wahbah al-Zuhaily :
Menurut pendapat ulama Syafie, tidak menjadi kesalahan menaruh bau-bauan pada kubur, dan ulama Syafie, Hanbali dan Hanafi berpendapat bahawa sunat disiram air ke atas kubur dan sunat dipacak pelepah yang masih hijau dan tumbuh-tumbuhan yang wangi dan sebagainya yang masih basah di atas kubur untuk memelihara tanahnya daripada runtuh atau hilang dan sesiapa pun tidak boleh mengambilnya dari kubur itu sebelum kering, kerana tuan kubur itu tidak meninggalnya kecuali setelah kering kerana manfaat hanya terdapat semasa basah iaitu istighfar.
Dalil mereka yang mengatakan sunat disiram air ke atas kubur ialah Hadith yang berbunyi :
"Bahawasanya Nabi s.a.w menyiram ke atas kubur anaknya Ibrahim dan menaruh batu-batu kecil di atasnya."
Begitu juga pendapat ulama Hanafi bahawasanya makruh memotong tumbuh-tumbuhan yang masih basah dan rumput yang terdapat di atas kubur, kecuali yang kering, kerana selama ia basah ia bertasbih, dengan itu menyenangkan mayat dan diturunkan rahmat dengan sebab zikirnya. Sunat dipacakkan pelepah dan pohon As dan sebagainya di atas kubur. Dalil lain ialah apa yang terkandung di dalam Hadith Sahih mengenai Nabi s.a.w memacakkan pelepah yang masih hijau setelah dibelah dua ke atas kubur yang diazab, dan alasan (pengalas). Wallahua'lam.
Sumber : Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM

Isnin, 14 Februari 2011


Inverter Circuit Diagram

June 02, 2009 By: genius
Power inverter is a very useful device which can convert Low voltage from a DC source to high voltage AC. The most common power inverter is 12V to 240V inverter. Perhaps that is because 12V batteries are common. This type of power inverter usually draws current from a DC battery. This battery should be able to provide a high flow of electric current. Normally lead acid batteries can server this purpose well. This current is then converted to 240V square wave alternative current so that we may empower those electric appliances which work on 240V instead of 12V. Inverter falls in the category of expensive devices so many people don’t buy them even they need them. What if I tell you how to build an inverter yourself?
I remember when I build my first inverter, I was very happy and I invited a lot of friends to see my homemade inverter. I am sure you will feel the same. Before you start building this inverter circuit diagram, I want to mention that this circuit involves 240V and 500W which can be fatal. You should take all security precautions before building this circuit. Preferably use electricity protective gloves and try not to play with the inverter circuit when it is operational. You will need little to medium knowledge of electronics in order to build this circuit. Alright, let us get to work. There are a lot of inverter circuit diagrams available online; some of them are complex and others are low performance. I have researched on a lot of them but in the end, I designed my own inverter circuit which is comparable to any professionally made inverter but still is simple enough for you to try. Here is the inverter circuit diagram:




Inverter Circuit Diagram
It took me less than $100 to complete this circuit.
You will need the following parts.
  • 2 Resisters 470 Ohm ¼ Watt
  • 3 Resisters 22 Ohm 1 Watt
  • 1 Variable resister 10K
  • 1 Capacitor1uf
  • 1 Capacitor 220uf
  • 1 Zener diode 8.2V
  • 1 IC CD4047
  • 1 IC 7809
  • 1 Transformer 12+12/240 (500W)
  • 2 Transistors D313
  • 12 Power Transistors TIP35C (make two pairs of 6 transistors each connected in parallel)
  • 2 Heat sinks to fit power transistors
  • Some wiring wire (for connections)
  • A wiro-board (To build circuit on)
  • A 12V battery of 12V power supply for testing purposes
There is only one variable resistance in this circuit diagram which is used to adjust frequency of 240V AC output current. You should have a frequency meter to adjust this frequency of 50HZ to 60HZ as per your requirement. Please do not power up any device with your inverter before frequency adjustment because a wrong AC frequency can burn your equipment as well as your inverter.
I have used a two stage regulated power supply to avoid frequency changes with the drop of battery voltage. First stage is 7809 which is a standalone voltage regulator. It converts 12V DC to 9V DC. Then we have used a 22 Ohm resistor and then a zener diode of 8.2V which forces current to stay at 8.2V. The 22 Ohm resistor is there just to aid zener diode. The output frequency of this inverter circuit is square wave so it is not best to power up inductive loads so use it at your own risk. However I do power up fans at home using this inverter and I never had any problems other than a little decrease in fan speed and addition of a little noise. If you have any questions, please use the comment box bellow.

Sabtu, 12 Februari 2011

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya. 
Rasulullah s.a.w.  menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadapAllah s.w.t.."

"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

Khamis, 3 Februari 2011

puisi buat setiap insan

‘Perjalanan Kehidupanku’     

Suatu masa dulu…
Hamba Mu ini hanyut dalam arus kehidupan,
Begitu sibuk mengejar impian,
Dengan harapan mendapat penghormatan dan kemewahan,

Dunia yang fana ini menjadi matlamatku,
Cinta berteraskan nafsu menjadi buruanku,
Perihal akhiratku tiada ku endahkan,
Perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan,
Azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan,
Syurga dan neraka tidak ku fikirkan…

Sehinggalah pada suatu hari…
Engkau menguji ku dengan kegagalan,
Yang memusnahkan segala harapan,
Menjadikan hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan…

Ya Rahman…
Di saat itu sangat sukar bagi ku menerima kenyataan,
Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan,
Hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan,
Ku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan!

Dan kini...
Barulah ku sedari,
Pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu,
Terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim,
Kerana melalui kegagalan itulah aku mula mengenali Mu,
Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa
Dunia tidak patut dijadikan matlamat,
Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan,
Lantas aku berpaling darinya dan berlari ke arah cinta Mu,
Hanya keredhaan Mu sahajalah yang ingin ku raih kini...

Ya 'Azim...
Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu,
Kerana di antara berjuta manusia,
Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini,
untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu
dan menghijrahkan diriku dari alam jahiliyah
ke alam uluhiyyah dan ubudiyyah...

Ya Allah...
Aku amat berterima kasih kepada Mu
Kerana Engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat
Dalam kehidupan yang serba sementara ini,
Meskipun ketika itu aku sering terlalai dari mengingati Mu...

Memang tidak dapat dinafikan lagi,
Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…

Ya 'Aziz…
Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini
untuk selama-lamanya,
Janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap
yang membawa kepada kesesatan,
Ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini,
Pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu,

Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku,
Benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman,
Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran,
Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan,
Kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan,
Dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku…

Ya Khaliq...
Jadikanlah setiap hembusan nafasku,
Setiap kelipan mataku,
Setiap degupan jantungku,
Setiap helaian rambutku,
Setiap bait perkataanku,
Setiap hayunan tanganku,
Setiap langkah kakiku
Dan setiap titisan darahku,
Hanyalah untuk Mu…

Sebelum tiba ajalku,
Ingin ku merayu kepada Mu,
Bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku,
untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka,
Lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu,
Luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku,
Meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu,
Permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya...

Curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku
Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah...

Dan esok, Andainya aku tidak bernafas lagi,
Sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi,
Bimbinglah mereka sepertimana Engkau telah sudi membimbing diri ini,
Agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi,
Di pertemuan yang hakiki,
Di dalam syurga yang kekal abadi...

Selasa, 21 September 2010

WAAAAA!!!

ops! jangan terkejut....emad di sini... :)
assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam satu malaysia!!
kepada semua pembaca yg dihormati..marilah sama2 kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinannya dapat lg kita bernafas dan meneruskan kehidupan seharian dengan sempurna.